# Misi, Visi, dan Strategi Base 2025


*TLDR: Base adalah ekonomi onchain global, dan kita membinanya bersama-sama secara terbuka. Tahun ini, fokus kami adalah untuk mengembangkan ekonomi Base dengan melabur dalam lima tonggak utama: pembina, aplikasi, pemilikan, pasaran, dan membawa semua orang, di mana jua, ke onchain. Kami ada perancangan — tetapi kami hanya dapat mencapai matlamat yang bercita-cita tinggi ini dengan membina bersama anda semua. Semasa kita bekerjasama dan berkembang, strategi kami akan terus berkembang untuk menyokong ekonomi Base dengan lebih baik.

*

By [Based Malaysia](https://paragraph.com/@base-my) · 2025-01-21

base, misi, visi, strategi, coinbase, based, mission, malaysia, 2025

---

### **Misi Kami**

Misi kami adalah untuk membina ekonomi onchain global yang meningkatkan inovasi, kreativiti, dan kebebasan. Internet baru, yang dibina oleh rakyat, untuk rakyat.

Kejayaan bermakna seluruh dunia berada di onchain — jutaan pembina dan berbilion orang — dan satu-satunya cara kita sampai ke sana adalah dengan menghubungkan orang, pembina, dan perniagaan. Dengan menjemput seluruh dunia untuk membina bersama kami dan membina secara terbuka, kami mencipta jenis internet baru yang menyokong ekonomi terbuka dan berkembang maju untuk semua.

Salah satu maklum balas terbesar yang sering kami terima adalah bahawa ia masih terlalu sukar untuk menyertai ekonomi baru ini. Tahun ini, kami fokus untuk mempermudahkan mesej, memastikan produk-produk berfungsi, dan membawa seluruh dunia ke onchain.

###   
**Matlamat Besar dan Berani Kami untuk 2025**

Untuk membawa satu bilion orang ke onchain, kami harus bekerja keras dan mendorong diri kita melampaui zon selesa. Jika kami mencapai setiap penanda aras yang kami tetapkan, ini bermakna kami tidak meletak sasaran yang cukup tinggi. Jadi, menjelang tahun 2025 ini, kami menetapkan matlamat besar dan berani yang memberi semangat dan juga mencabar kami:

*   **25 juta orang**
    
*   **25 ribu pembina**
    
*   **Kapasiti blockspace 250 Mgas/s**
    
*   **Aset bernilai $100 bilion di platform**
    
*   **1 bilion transaksi di Base pada bulan Oktober**
    

Apabila kami melihat kembali pada akhir tahun ini, kami akan tahu bahawa kami berada di landasan yang betul jika matlamat ini mencabar kami untuk melangkaui had dan membawa kami ke tahap yang lebih tinggi. Dengan sedikit nasib dan banyak tekad, kami ada peluang untuk mencapainya.

###   
**Lima Tonggak Strategik Kami untuk 2025**

Untuk mencapai matlamat ini pada 2025, kita perlu **_bekerjasama_**. Dan itu bermakna memfokuskan usaha kolektif kita pada perkara yang mempercepatkan antara satu sama lain dan membantu kita menjadi lebih kuat, bersama-sama. Untuk memastikan kita semua mendayung ke arah yang sama, kami ingin membuka tirai dan berkongsi apa yang pasukan teras Base lakukan untuk menjadikannya satu kenyataan. Harapan kami adalah ini akan memberi inspirasi kepada anda untuk membina bersama kami.

###   
**#1 Base untuk Pembina**

Kami akan **membina alat yang berkuasa dan terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja membina aplikasi onchain bertaraf dunia**. Sama ada anda seorang pembina onchain yang mahir, baru beralih dari web2, atau pemula sepenuhnya, kami ingin membolehkan anda untuk membina dan memberi impak.

*   Memperkukuhkan OnchainKit dan building blocks untuk aplikasi bertaraf dunia
    
*   Melancarkan alat baru untuk membantu pembina menggunakan agen AI dan aplikasi mini
    
*   Membolehkan pengalaman tanpa gas dan pengembangan dengan Paymasters dan L3s
    

### **#2 Base untuk Aplikasi**

Kami akan **memupuk ekosistem aplikasi onchain terbuka dan saling terhubung yang meningkatkan bilangan orang yang menggunakan Base**. Lebih banyak aplikasi bermakna lebih banyak sebab konkrit untuk setiap orang memasuki onchain.

*   Membantu aplikasi, pembina, dan pencipta menjadi viral dengan memberikan lebih banyak distribusi
    
*   Membina alat baru untuk membantu pencipta menjana pendapatan, menceritakan kisah onchain, dan berkembang
    
*   Mewujudkan pengalaman onchain teras dalam sosial, perdagangan, pembayaran, dan pemesejan
    

### **#3 Base untuk Pemilikan**

Kami akan **mencipta akaun onchain yang berkuasa dengan pembiayaan, identiti, dan pengurusan yang lancar.** Kami akan terus bekerja pada Smart Wallet untuk menghapuskan kerumitan bagi pembina dan pengguna, menjadikan aplikasi lebih mesra pengguna, dan mengembalikan kawalan kepada anda.

*   Pengguna baru boleh mendaftar dalam masa kurang dari 60 saat (dengan pembiayaan!) tanpa membuat akaun yang asing
    
*   Menjadikan aplikasi berfungsi tanpa pop-up atau mengorbankan kedaulatan pengguna
    
*   Membolehkan pengguna menggunakan sepenuhnya identiti dan aset mereka dengan cara yang selamat dan peribadi
    

### **#4 Base untuk Pasaran**

Kami akan **menjadikan Base sebagai pusat ekonomi onchain dengan pasaran modal global yang mempunyai kecairan yang tinggi dan sentiasa tersedia**. Lebih banyak aset dan kecairan yang kita bawa ke Base, lebih cepat seluruh dunia kewangan akan datang ke onchain.

*   Membawa Coinbase ke onchain dan meningkatkan bilangan aset di Base
    
*   Menyokong 25+ stablecoin mata wang tempatan untuk membolehkan setiap negara berada di onchain
    
*   Membolehkan _onramps_ dan _offramps_ di setiap negara di seluruh dunia
    

### #5 Base untuk Semua Orang

Kami akan **mendesentralisasi, meningkatkan skala, dan mempercepatkan Base untuk membolehkan semua orang, di mana sahaja, datang ke onchain**. Satu-satunya cara kita dapat membina ekonomi global sebenar adalah dengan memastikan ia dibina di atas platform yang terdesentralisasi dan terbuka — dan kami bangga melakukannya sebagai sebahagian daripada Ethereum dan Superchain.

*   Mencapai desentralisasi Tahap 1
    
*   Meningkatkan kapasiti blockspace Base kepada 250 Mgas/s
    
*   Mempercepatkan masa blok dan menurunkan yuran untuk mencapai transaksi dalam <1s, <1¢
    

### **Bagaimana Kita Membina Secara 'Based'**

Pada akhirnya, ini bukan sahaja tentang _apa_ yang kami akan lakukan dalam tahun 2025 — ia juga tentang _bagaimana_ kita melakukannya. Pada 2025, kita akan terus kekal '**_based_**'. Ini bermakna:

*   Melakukan perkara yang betul
    
*   Bekerja keras
    
*   Kekal optimis
    
*   Melangkaui batas dengan kreativiti
    
*   Mengutamakan pasukan daripada individu
    

Jika kita semua boleh membina dengan cara ini, kita akan bergerak lebih cepat dan lebih jauh.

###   
**Selebihnya Terserah kepada Kita**

Kami telah berkongsi misi dan strategi Base serta bagaimana pasukan teras Base menyumbang untuk merealisasikannya. Namun, pada akhirnya, kejayaan hanya akan dicapai jika semua pembina Base melangkah maju untuk merealisasikannya. Kita menang, bersama-sama.

Adakah anda bersedia untuk membina bersama kami?

Sertai kami di [X](https://x.com/base), [Farcaster](https://warpcast.com/base/), dan [Discord](https://discord.com/invite/buildonbase?utm_source=dotorg&utm_medium=nav) untuk memulakan pembinaan — dan ikuti pasukan [Base](https://x.com/i/lists/1876354838289932418) serta pemimpin komuniti Base untuk terus mengikuti perkembangan ekonomi Base semasa ia berkembang.

---

*Originally published on [Based Malaysia](https://paragraph.com/@base-my/base-2025)*
